Cikgu Ghazali diasak oleh pertahanan Batu 2 FC

Teknik FC menang dengan jaringan 5 - 1 dalam perlawanan ini hasil permainan yang sungguh menarik dalam separuh masa ke-2.

Dalam separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tidak dapat melakukan sebarang jaringan dan bola banyak dimainkan dikawasan tengah padang. Jentera serangan Teknik FC seperti kurang bermaya namun barisan pertahanan Teknik Fc berjaya mengawal barisan penyerang Batu 2 FC yang sering kali melakukan gerakan pantas untuk melintasi perangkap offside Teknik FC. Rizwan @ Kado juga bermain cemerlang dengan menyelamatkan dua percubaan berbahaya dari pasukan Batu 2 FC. Separuh masa pertama tamat pada kedudukan 0 - 0.

Cikgu Ghazali menjaringkan gol ke-2 perlawanan melalui tandukan hasil sepakan sudut oleh Azry Kadir...

Dalam separuh masa ke-2, Edward, Syed Kadir dan Hazrim dikeluarkan dan Awang Wahid, Arash dan Azry Kadir mengambil tempat masing-masing. Corak permainan bertukar mendadak dan Teknik FC terus mengasak Pasukan Batu 2 FC sejurus wisel separuh masa ke-2 ditiup.

Hasilnya Teknik FC mendahului dengan jaringan 3 - 0 melalui rembatan Haindy hasil hantaran Jasni dan dummy oleh Awang Wahid, tandukan Ghazali dari sepakan sudut Azry Kadir dan sekali lagi melalui Hanidy yang menggantung penjaga gol Batu 2 FC dari jarak 30 meter.


Batu 2 FC membalas jaringan melalui penyerang no. 9 mereka apabila berlaku salah faham antara Sabir dan Zamri yang mengemudi bahagian tengah pertahanan Teknik FC.

Teknik FC terus mengasak selepas itu dan berjaya menambah 2 gol melalui Azry Kadir. Gol pertama Azry diperolehi apabila dia membawa bola dari kawasan tengah padang melepasi tiga pemain sebelum menewaskan penjaga gol lawan. Gol ke-2 pula diperolehi apabila Haindy yang mendapat hantaran cantik dari Jasni membuat larian pantas disebelah kiri sebelum menghantar semula bola ke bahagian tengah. Azry yang tidak dikawal menolak kemas bola untuk gol ke-5 pasukan Teknik FC.

Penjaring gol saguhati pasukan Batu 2 FC

Secara keseluruhannya, bahagian tengah pasukan Teknik FC di separuh masa pertama agak kurang kreatif dan mudah dibaca berbanding masa ke-2 yang menggandingkan Awang Wahid dan Jasni yang mampu membuat hantaran yang cantik dan mengawal bola dengan lebih baik. Kehadiran Azry Kadir di sebelah kanan turut memberikan pilihan sama ada membuka ruang untuk sebelah kanan atau kiri (Haindy) kerana kedua-dua bahagian mampu untuk bergerak dengan laju. Apa pun... Kemenangan ini sudah dijangka sekiranya semua pemain veteren turun untuk bermain.


Burung helang yang selalu berlegar-legar dikawasan padang sambil menikmati perlawanan bola sepak.

CATATAN: Sabtu dengan Ahad ada tuisyen... Memang lambat turun padang...