Bergaya dengan Jersi Baru yang dirasmikan sempena perlawanan persahabatan ini...

Skuad Teknik FC turun menentang Gingga Management dengan penuh keyakinan berbekalkan semangat jersi baru. Sepuluh minit permainan bermula, Gingga Management sudah mendahului dengan 2 jaringan akibat kesilapan penjaga gol dan bahagian pertahanan. Namun gandingan mantap Kadir dan Haindy menghadirkan gol pertama seminit kemudian.

Gingga Management menambah jaringan lagi melalui penyerang mereka namun gandingan Kadir-Haindy berjaya mencipta dan menjaring 2 lagi gol untuk separuh masa pertama tamat pada kedudukan 3-3.


Semangat Jersi Baru.... Dari Kiri (Berdiri): Jasni, Suhairi, McManus, Zamri, Derlan, Awang Wahid, Edward, Haindy, Hillary. (Duduk): Syazani, Azri Kadir, Ghazali, Arash, Aznan, Brennen (Penyokong).

Separuh masa kedua, permainan agak menyebelahi pasukan Teknik FC yang banyak menguasai bahagian tengah melalui gandingan Jasni-Awang Wahid yang dibantu oleh Azrin dan Derlan. Kedua-dua pasukan saling berbalas gol dan yang melihat Azrin dan Awang Wahid menjaringkan gol hasil lorongan cantik dari Jasni. McManus turut tersenarai sebagai penjaring apabila menukar posisi ke bahagian sayap kiri hasil hantaran cantik Khairul. McManus yang tidak dikawal terus melarikan bola ke sebelah kiri gawang gol pasukan Gingga Management dan meledakkan sepakan deras melepasi penjaga gol pasukan lawan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan bagi pihak tuan rumah dengan jaringan 6 - 5.


Kadir sekali sekala mengasak penjaga gol lawan...

Secara keseluruhannya, pasukan Teknik FC mempersembahkan corak permainan yang cantik. Semangat jersi baru nyata memberikan impak yang sangat positif kepada pasukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemain lawan yang mula bermain kasar dan tidak menunjukkan semangat kesukanan. Kadir yang dikasari tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif, namun perasaan tidak puas hati ditunjukkan pada awal separuh masa kedua apabila Haindy dan Kadir minta untuk digantikan selepas 8 minit pemainan bermula. Selain itu, Arash mengalami sedikit kecederaan atas kesilapan sendiri yang tidak memakai guard kaki semasa bermain.

Arash yang mengalami kecederaan di kaki....

CATATAN: Memang nampak berlainan...