Dari kiri: Berdiri - Ghazali, Awang Wahid, Suhairi, Haindy, Khairul, Edward, Kadir, McManus. Duduk - Jasni, Syed Abdul Rahman, Arash, Rozaini, Hillary, Sabir.
Sila download di sini: Teknik FC 15 Oct 2009.

Teknik FC membelasah pasukan JPJ petang kelmarin dengan jaringan 6-2. Perlawanan kali ini bertambah manis bagi dua pemain iaitu Rozaini @ C Ronaldo dan Kadir yang telah mencipta hatrik.

4 gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan 2 gol lagi dijaringkan dalam separuh masa kedua. Kedua-dua gol pasukan pelawat pula dijaringkan pada separuh masa kedua.

Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penjaga gol - Khairul, Pertahanan - Edward, Syed Abdul Rahman, McManus, Arash, Tengah - Haindy, Awang Wahid, Jasni, Rozaini Penyerang - Kadir dan Ghazali.

Perlawanan kali ini bermula lewat iaitu jam 5.20 petang kerana menunggu pemain dari pasukan pelawat. Sebaik wisel dibunyikan, pasukan JPJ terus mengasak pasukan Teknik FC melalui gerakan mantap empat pemain tengah mereka. Namun pertahanan pasukan Teknik FC yang dikemudi oleh Syed Abdul Rahman @ P Maldini mengawal pergerakan lawan dengan sangat baik dibantu oleh McManus @ Vidic, Arash @ Evra dan Edward @ Hyppia.

Persembahan mantap bahagian pertahanan membolehkan bahagian tengah memainkan peranan untuk menghantar bola dengan lebih kerap kepada penyerang. Hasilnya, pada minit ke-5, Rozaini yang rajin mencari peluang berjaya merebut bola daripada kaki pemain pertahanan kiri mereka. Rozaini melarikan bola kesebelah kiri dan terus merembat ke arah pintu gol lawan. Cubaan menampan bola oleh seorang pemain pertahanan membawa padah apabila bola melantun dan menerjah ke dalam gawang gol.

Gol pertama terus menaikkan semangat pasukan Teknik FC yang terus mengasak dari sebelah kiri melalui gerakan laju Haindy. Dan, pada minit ke-10, gol kedua menyusul apabila Haindy yang mempunyai peluang melorongkan bola kepada Rozaini yang menolak bola masuk dengan tenang.

Gol ke-3 menyusul 7 minit kemudian apabila Kadir yang merebut bola dari kaki pemain pertahanan lawan, terus mengelecek dan melepasi seorang pemain sebelum menewaskan penjaga gol lawan dengan penyudah yang kemas. Kawalan bola yang baik ditunjukkan oleh Kadir untuk gol ini.

Ghazali, Awang Wahid dan Jasni tenang mengawal bahagian tengah. Awang Wahid harus diberikan pujian kerana kebanyakan hantarannya adalah tepat kepada sasaran.


Ghazali cuba diasak oleh salah seorang pemain tengah JPJ. Satu peluang keemasan didepan gol hasil umpanan Rozaini terlepas apabila percubaan Penolong Kanan Teknik Tawau ini tersasar jauh dari pintu gol lawan.

Bola tinggi yang dihantar oleh Awang Wahid kepada Rozaini pada lima minit terakhir separuh masa pertama melepasi perangkap offside. Rozaini yang tidak dikawal terus mengelecek bola ke pintu gol lawan sebelum merembat masuk untuk gol yang ke-4.

Separuh masa pertama berakhir dengan 4-0 namun, pasukan JPJ juga mendapat beberapa peluang. Peluang paling baik adalah cubaan dari 30 meter yang telah menewaskan Khairul namun percubaan itu terkena palang dan keluar (Sikit gantung bah pula...). Walau bagaimanapun, Khairul bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan yang menyaksikan Pasukan JPJ memperolehi sepakan sudut beberapa kali.


Mendahului 4-0 memberikan suntikan semangat kepada Teknik FC yang mengeluarkan 3 pemain pertahanan dan mengekalkan corak permainan 4-4-2. McManus @ Vidic, Arash @ Evra, Edward @ Hyppia dan Awang Wahid digantikan oleh Suhairi @ Torres, Hillary, Sabir dan Herman. Rozaini bertukar posisi dengan Khairul sebagai penjaga gol dimana Khairul berpasangan dengan Kadir untuk separuh masa ke-2. Barisan pertahanan kini dibarisi oleh Sabir, Hillary, Jasni dan Herman manakala barisan tengah ialah Suhairi, Ghazali, Syed AR dan Haindy.

Perlawanan di separuh masa kedua lebih rancak tetapi kawalan bola Teknik FC dari bahagian tengah semakin berkurangan. Mungkin penat... tetapi serangan tertumpu di bahagian sayap yang melihat Haindy dan Suhairi cuba mengumpan bola kepada Khairul dan Kadir. Namun beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disempurnakan dengan baik.

JPJ akhirnya membolosi gawang gol Teknik FC apabila Rozaini yang membaling bola kepada Jasni. Jasni yang menahan bola dengan kurang kemas terus memberikannya kepada pemain no 5 JPJ, yang melambungkan bola melepasi Rozaini. Goooolll.... Alamak... gantung bah pula...

Menyusun semula serangan, Haindy bertindak cemerlang mencipta dua peluang dan Kadir menyempurnakan peluang tersebut dengan bergaya untuk gol ke-5 dan ke-6 Teknik FC. Gol ke-5 Teknik FC sememangnya suatu yang hebat dan boleh kasi masuk dalam ESPN. Kadir yang dikawal seorang pemain pertahanan JPJ diberikan bola lambung oleh Haindy, mendada bola - memusingkan badan dan merembat bola terus ke dalam gawang. Semua penonton bersorak melihat gol yang sangat bergaya itu. 


Kadir dan Rozaini yang membuat jaringan hatrik dalam perlawanan ini.

Mengambil peluang dari pemain Teknik FC yang nampak keletihan, pasukan JPJ semacam menukar strategi kepada 2-1-7 dan mengasak kubu pasukan Teknik FC. Akhirnya, gol saguhati ke-2 diperolehi 2 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Hillary yang berkerja keras dari awal permainan separuh masa ke-2 hanya mampu melihat gol dijaringkan. Apa pun Teknik FC menang....

Secara keseluruhannya, tahap permainan Teknik FC di separuh masa pertama adalah lebih baik. Beberapa peluang baik sepatutnya meletakkan Teknik FC, 6 atau 7 gol dihadapan namun tindakan penyudah yang kurang bermaya membataskan pesta gol pasukan tuan rumah.

Banyak peningkatan dapat dilihat dalam perlawanan ini tetapi pergantungan kepada pemain import pasti akan memberikan kesan kepada pasukan suatu ketika nanti.

Man Of The Match dari kacamata Pahaikan.com: Kadir Maiyudeh

Gambar-gambar lain dalam perlawanan ini boleh diakses di Pahaikan's Album: Klik sini: Album Teknik FC vs JPJ - 15 Oct 2009

CATATAN: Sabtu ni saya ada kelas tuisyen la pula.... hehehe...