Kadir cuba membuat counter-attack selepas serangan Kesihatan FC dipatahkan oleh penjaga gol Teknik FC..

Teknik FC tewas lagi...... Kali ini dengan jaringan 4 - 1 oleh Kesihatan FC yang mendahului 3 - 0 diseparuh masa pertama.


Haindy cuba membawa bola masuk dari sebelah kanan gawang gol Kesihatan FC...

Dalam separuh masa ke-2, 4 pemain dikeluarkan antaranya Edward dan Daniel untuk memberikan ruang kepada Kadir, Rozaini, Boy dan Ghazali beraksi. Kesihatan FC yang banyak melakukan gerakan pantas di separuh masa pertama nampak sedikit keletihan dan ini memberikan peluang kepada Haindy untuk menjaringkan gol sagu hati pasukan Teknik FC hasil hantaran daripada Derlan. Haindy yang berjaya melepasi perangkap offside terpaksa mencuba 2 kali sebelum menewaskan penjaga gol pasukan Kesihatan FC dengan menolak bola melepasi kepala penjaga gol mereka. Nasib gol... bilang McManus.. Kalau tidak... Hehehee..


McManus dan Edward cuba mengawal pemain penyerang Kesihatan FC..

Pasukan Kesihatan FC terus mengasak dan memperolehi gol mereka melalui tandukan dari sepakan sudut 10 minit sebelum masa permainan separuh masa ke-2 tamat. Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat....


Haindy berjaya menjaringkan gol saguhati untuk Teknik FC dalam perlawanan ini...

Secara keseluruhannya, Teknik FC bermain lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini tetapi tindakan penyudah yang kurang tajam menyebabkan Kesihatan FC nampak lebih menyerlah dengan 4 jaringan. Apa pun Teknik FC menunjukkan peningkatan yang baik dalam perlawanan ini.


Bekas pemain PESKAT Johor 2008 beraksi depan kamera Pahaikan.com..

CATATAN: Bila lagi mau main... Macam cuti sekejap saja ni...