Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC dengan Malaysia Airport Tawau (MAT). Untuk download sila klik: DOWNLOAD

Kekalahan 6 -3 kepada TM FC Senior pada hari sebelumnya, tidak menganggu mental pasukan Teknik FC dalam perlawanan ini. Teknik FC bangkit dari ketinggalan 0-1 dan memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3-2.

Pasukan Malaysia Airport Tawau (MAT) mendahului seawal minit ke-5 hasil kesilapan penjaga gol Teknik FC iaitu Syazani. Dia yang beraksi hanya 15 minit perlawanan digantikan oleh Salam akibat kecederaan pada lutut kanannya. Pasukan MAT terus mengasak kubu Teknik FC yang menyaksikan bola hanya dimainkan di sebelah kawasan Teknik FC sahaja.

Gol Teknik FC muncul pada minit ke-20 separuh masa pertama, hasil gerakan Kadir yang bertukar posisi dengan Haindy. Kadir yang menghantar bola leret dari sebelah kiri tidak dapat dipintas oleh pertahanan pasukan MAT. Haindy yang tidak dikawal menolak bola masuk dengan mudah untuk kedudukan 1-1.

Pasukan MAT terus mengasak dan mendahului 2-1 pada minit ke 33 sebelum kadir menyamakan kedudukan 2-2 sebelum tamat permainan separuh masa pertama. Gol Kadir adalah hasil perebutan bola di dalam kotak penalti yang menyaksikan Kadir merampas bola dari pemain pertahanan MAT sebelum merembat masuk ke sebelah kiri menewaskan penjaga gol pasukan MAT. 

Dalam separuh masa kedua, tidak banyak perubahan dilakukan namun perlawanan terus dikuasai oleh pasukan MAT. MAT memperolehi banyak peluang di depan gol namun semuanya dipersiakan dengan 95% tidak menepati sasaran.

Gol kemenangan Teknik FC adalah hasil kesilapan penjaga gol MAT yang tidak dapat menangkap kemas sepakan sudut dari Maxmillan yang dikatakan sudah melintasi garisan gol sebelum itu. Memang hebat gol si Max ni sebab tendang pakai kaki kiri dari sebelah sudut kanan pasukan lawan... tapi gol... hairan... hairan...

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat...

Pasukan MAT yang beraksi dalam Liga Kesorga Tawau mempunyai ramai pemain yang bagus namun, kekurangan keserasian melemahkan pasukan ini.

Walau bagaimanapun, dua tonggak utama Teknik FC mungkin akan direhatkan dalam perlawanan berikutnya akibat kecederaan yang dialami semasa perlawanan ini. Mereka ialah Edward Sabinus (Pertahanan) dan Ghazali Shah Ghani (Penyerang).


Edward dan Ghazali yang mengalami kecederaan di pergelangan kaki terpaksa direhatkan sebelum separuh masa pertama tamat...

CATATAN: Semoga berjaya dalam perlawanan liga kepada Pasukan MAT...