Antara pemain yang beraksi untuk perlawanan ini...

Hanya 5 orang guru bermain dalam separuh masa pertama dalam perlawanan ini sebelum 3 orang lagi muncul dalam separuh masa ke-2. Sememangnya corak permainan yang tidak matang ditunjukkan dalam perlawanan ini dan hasilnya, Teknik FC dibelasah 4 - 0 oleh TM FC Remaja.

Didahului 2 - 0 dalam separuh masa pertama, Teknik FC kelihatan tidak bermaya dan permainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan lawan. Dalam separuh masa ke-2, Khairul, Awang Wahid, Aruf Kutimin (Bekas pelajar Teknik Tawau yang bermain untuk TM FC Remaja) dan Mr X masuk menggantikan pelajar yang bermain di separuh masa pertama. Walau bagaimanapun, mereka seperti tidak memberikan kesan terhadap permainan.


Nazreen beraksi untuk pasukan TM FC Remaja dalam perlawanan ini...

Secara keseluruhannya, seluruh bahagian pasukan Teknik FC nampak agak lemah dalam perlawanan ini. Ketiadaan barisan pemain guru sangat mempengaruhi pasukan. Keputusan perlawanan mungkin boleh mencecah 9 - 0 sekiranya pasukan lawan bermain bersungguh-sungguh tetapi perlawanan ini boleh dianggap sebagai perlawanan menimba pengalaman untuk para pelajar yang bakal beraksi dalam Kejohanan Antara Teknik di Sandakan kelak...

CATATAN: Siapa nama Mr X tu ya??