Jurulatih Teknik Tawau U18, McManus Sing bersama Jurulatih Piala Presiden Sabah berbincang tentang keputusan perlawanan...

Perlawanan ini merupakan perlawanan ulangan setelah kedua-dua pasukan bertemu kira-kira 6 minggu yang lepas pada 13/03/2010. Keputusan ketika itu ialah Teknik Tawau U18 kalah dengan jaringan 6 - 0.

Kali ini, Pasukan Teknik Tawau U18 kelihatan lebih mantap dengan semua pemain hadir untuk menunjukkan kemampuan sebenar pasukan ini. Cuma, Zulkifli direhatkan kerana mengalami demam.


PK Kokum, Encik Ahmad Fakhrurazi bersama pengurus dan jurulatih Pasukan Teknik Tawau U18 mengamati perlawanan dengan sepenuh perhatian...

Saya tiba ditempat perlawanan (Stadium Lama Tawau) lebih kurang jam 5:15 petang dan separuh masa kedua baru dimulakan. Namun keputusan separuh masa pertama agak memeranjatkan iaitu 7 - 0.


Antara pemain Piala Presiden Sabah yang menunggu giliran untuk beraksi dalam perlawanan ini...

Dua minit selepas wisel permulaan separuh masa ke-2, Teknik Tawau U18 dibolosi lagi dan 6 minit selepas itu, Pasukan Piala Presiden dihadiahkan sepakan penalti apabila penyerang mereka dikasari oleh Amirul. Penjaga gol mereka tampil untuk mengambil sepakan tersebut dan menyempurnakan sepakan penalti itu untuk kedudukan 9 - 0.


Penjaga gol Piala Presiden Sabah berjaya menewaskan Salam, penjaga gol Teknik Tawau U18..

Selepas gol tersebut, Salam digantikan dengan Syazmi. Teknik Tawau U18 terus mencuba untuk mengatasi barisan pertahanan pasukan Piala Presiden Sabah namun segala usaha mereka digagalkan. Satu peluang menarik ialah rembatan Mohd Sazrin yang diselamatkan oleh penjaga gol pasukan PPS dan cubaan jarak jauh dari Mohd Ridwan @ Ride' dari luar kotak penalti yang tersasar beberapa inci disudut sebelah kanan gawang gol pasukan PPS.

Pasukan PPS terus mengawal permainan dan menambah dua gol lagi untuk kedudukan 11 - 0. Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.


Bersalam-salaman selepas perlawanan tamat...

Mengikut pemerhatian saya, perlawanan ini memihak sepenuhnya kepada Pasukan PPS yang mengawal semua bahagian permainan dalam padang. Pasukan Teknik Tawau U18 tidak mampu untuk mengugat bahagian pertahanan Pasukan PPS dan lebih banyak bermain ditempat sendiri. Semangat pasukan dan corak permainan yang ditunjukkan sangat jauh daripada kemampuan sebenar mereka.

Banyak perkara perlu diambil perhatian supaya pasukan ini memiliki semangat yang lebih kental dan mampu mengimbangi corak permainan pasukan lawan. Apa pun... tahniah kepada pasukan Teknik Tawau U18 yang berani menyahut cabaran.... Pasukan Piala Presiden bermain untuk Liga Kebangsaan... Jadi jangan sedih... Mereka memang lebih bagus... Cuma jika berpeluang lagi lain kali... Jangan sampai dibelasah teruk...


Barisan pemain Teknik Tawau U18 mendapat tips dan nasihat dari jurulatih selepas perlawanan....

CATATAN: Jangan cepat "sejuk" bah...