Gambar kenangan perlawanan persahabatan SM Teknik Tawau menentang SMK Tawau. Untuk download, sila klik: Gambar 1, Gambar 2

Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memuaskan hati jurulatih pasukan SMK Tawau ini berakhir dengan kekalahan kepada tuan rumah. Saya hanya sempat menonton perlawanan ini selama 10 minit sahaja untuk babak pertama permainan kerana keperluan menunaikan kewajipan ke gereja sebelum jam 9.00 pagi hari ini... Kedudukan pada masa itu ialah Pasukan SM Teknik Tawau ketinggalan 1-0.

Pasukan SMK Tawau yang nampak sungguh bersemangat menyerang Pasukan SM Teknik Tawau dengan pantas melalui gerakan pemain sayap kanan mereka. Pasukan SM Teknik Tawau yang nampak lesu terutamanya, Rizwan @ Kado tidak berjaya mengawal pemain lawan dan beberapa hantaran lintang yang berbahaya berjaya dihantar kepada penyerang mereka.


Motivasi dan semangat diberikan kepada pemain yang sudah seminggu berehat sejak kejohanan peringkat Daerah Tawau yang baru lepas...

Sedar atau tidak, sebelum perlawanan bermula lagi, para pemain sudah nampak tidak bermaya dan keletihan - siap dengan mata merah seperti kurang tidur. Namun tanggungjawab terus dipikul untuk memastikan semua cabaran yang datang diterima dengan baik.

Mungkinkah sudah wujud ego dalam jiwa pelajar yang cuma bergelar juara Daerah Tawau ini? Kesian....

Pasukan SM Teknik Tawau kelihatan seperti tidak melawan apabila saya dimaklumkan bahawa jaringan perlawanan ialah 6 - 0, yang memihak kepada Pasukan SMK Tawau. Saya turut dimaklumkan oleh jurulatih pasukan SM Teknik Tawau yang agak kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya. Walaupun alasan yang diberikan ialah kurang bersemangat melawan pasukan yang terkeluar di suku akhir, namun jumlah jaringan tidak memberikan gambaran keupayaan sebenar pasukan ini..... 

CATATAN: Saya turut kecewa....