Seluruh pasukan menumpukan perhatian kepada perlawanan...

Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama selepas dibelasah 6 - 0 oleh Pasukan Piala Presiden kira-kira 3 minggu lepas. Berbekalkan latihan yang lebih gigih dan semangat baru, pasukan Teknik U18 nampak lebih tenang mengawal perlawanan.

Kali ini, dua muka baru ditampilkan iaitu Mohd Amirul dan Masarin Marjan, masing-masing bermain untuk posisi bek tengah dan pemain sayap kanan. Saya hanya berkesempatan untuk melihat separuh masa ke-2 permainan, dimana Teknik U18 ketinggalan dengan jaringan 0-2. Pemain sayap kanan utama Teknik U18 iaitu Zulkifli tidak kelihatan dan saya dimaklumkan bahawa dia mendapat perlepasan daripada pengurus dan jurulatih.


Masarin (kiri) dan Amirul, dua muka baru dalam pasukan Teknik U18..

Dalam separuh masa ke-2 ini, Teknik U18 mengekalkan barisan 10 pemain dari kesebelasan utama separuh masa pertama dimana, Edika dimasukkan untuk menggantikan Izuwan. Andi turut digantikan oleh Masarin, selepas lima minit perlawanan separuh masa ke-2 bermula.

Dengan mengemaskan kawalan dibahagian tengah dan bermain lebih agresif, Teknik U18 berjaya mengurangkan jarak jaringan kepada 1-2 melalui jaringan Hazrim yang mendapat hantaran yang cantik daripada Edika @ Ride'. Lebih kurang 7 minit kemudian, Teknik U18 berjaya menyamakan kedudukan melalui Masarin yang menyudahkan hantaran Maxmillan dengan menggunakan perutnya...

Kolej Komuniti yang nampaknya mula kehilangan rentak terus bertahan ditempat sendiri. McManus Sing, jurulatih pasukan Teknik U18 bertindak mengeluarkan 5 pemain dan memasukkan Said (Rizwan), Khairil (Amirul), Nasir (Nazreen), Salam (Syazmie) dan Azhar (Masarin).

Kolej Komuniti akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan 2 minit sebelum wisel penamat. Teknik U18 terus mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan namun tidak berhasil.

Daripada corak permainan yang ditunjukkan oleh Teknik U18, keputusan perlawanan kali ini tidak mencerminkan kekuatan sebenar pasukan kerana mereka nampaknya mampu untuk mencatat keputusan yang lebih baik. Apa pun tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan Teknik U18 yang telah berjaya meningkatkan keupayaan dan kekuatan mental para pemain.

Untuk makluman, pemilihan skuad akhir 16 pemain skuad Bola Sepak KAT akan dilakukan pada hari Khamis ini, 08/04/2010.

CATATAN: Ada harapan sudah ni....