Tugu 1Malaysia yang telah siap pada 15/11/2010

Tempat yang dulunya menempatkan sebuah gua kecil dan juga merupakan tempat untuk pelajar meloloskan diri selepas waktu rehat kini lebih cantik dengan berdirinya tugu 1Malaysia. Untuk makluman, gua kecil tersebut telah dibuka dan dibersihkan pada akhir tahun lepas oleh pelajar BB dibawah pemantauan Cikgu Buareng.

Kerja-kerja pembinaan tugu 1Malaysia yang dikendalikan oleh Bengkel Binaan Bangunan dibawah seliaan Cikgu Supiansiah dimulakan pada 21/10/2010. Dibantu oleh tenaga pelajar Kursus Binaan Bangunan dan SKM Auto, tugu tersebut telah siap pada 16/11/2010.


Kerja pembinaan asas tugu pada 21/11/2010


Menegakkan nombor 1 diatas asas yang telah dibuatkan sebelum ini pada 10/11/2010


Tugu yang belum dicat pada 12/11/2010


Singkatan Binaan Bangunan - BB untuk mengingati sumbangan Bengkel BB dalam pembinaan tugu ini...

Kepada mereka yang ingin mengambil gambar di kawasan tugu tersebut, sila pastikan bahawa anda tidak memijak kawasan berwarna hijau supaya tugu ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih... Duduk boleh...


Tugu 1Malaysia menyahut saranan kerajaan untuk membina suatu halatuju baru dibawah panji 1Malaysia

Tahniah dan terima kasih kepada Bengkel Binaan Bangunan yang terus memberikan sumbangan kepada sekolah... APC lagi lah ni.... Hehehehe...

CATATAN: Ada projek lain lagi kah??