Posted by pahaikan on Tuesday, April 26, 2011,
In :
Teknik Tawau
Selamat Hari Jadi SM Teknik Tawau...
SM Teknik Tawau kini, telah pun mencapai usia 30 tahun, selepas 18 pengetua dan pemangku pengetua bersilih ganti dari 1981 sehinga 2011. Sememangnya sekolah ini banyak mengalami transformasi dari sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tawau sehinggalah kepada Sekolah Menengah Teknik Kluster Tawau. (Rujuk dalam laman web sekolah: http://www.pahaikan.com/blog/laman-web-rasmi-sm-teknik-tawau )
Posted by pahaikan on Sunday, April 24, 2011,
In :
Holy Trinity
JUMAAT AGUNG diraikan sempena memperingati Hari Penyaliban Yesus Kristus
Misa JUMAAT AGUNG (GOOD FRIDAY), Gereja Holy Trinity Tawau bermula pada jam 2:30 petang dengan dihadiri oleh lebih daripada 10,000 umat Kristian Roman Katolik yang memenuhi ruang dalam dan luar gereja serta Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau.
Ruang dalam Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau penuh..
Misa di dewan adalah berpandukan kepada layar LCD yang dipancarkan secara langsung dari dalam Gereja Holy Trinity Tawau
Posted by pahaikan on Sunday, April 24, 2011,
In :
Teknik Tawau
Memberikan tumpuan sepenuhnya...
Program Suka-Suka Guru-guru SM Teknik Tawau ini adalah dianjurkan oleh Cikgu Azly dan Cikgu Khairul yang menjadikan Permainan PS2: Winning Eleven 2011 sebagai flatform untuk mengisi masa lapang guru-guru sambil berhibur dan mengeratkan silaturahim.
Yuran yang dikenakan ialah RM10.00, makan minum disediakan dan hadiah berupa jersi ditawarkan kepada satu pemenang iaitu juara utama perlawanan yang menggunakan sistem liga ini.
Posted by pahaikan on Wednesday, April 20, 2011,
In :
Ragbi
Gambar kenangan kedua-dua pasukan sebelum wisel permulaan...
Skuad Ragbi Bawah 18 tahun MSS Daerah Tawau menyambut kunjungan Skuad Ragbi Bawah 18 tahun MSS Daerah Lahad Datu untuk Pertandingan Ragbi Bawah 18 Tahun Peringkat Zon Tenggara di Padang The Green SM Teknik Tawau.
Pasukan Ragbi Bawah 18 tahun MSSD Tawau bersama pengurus dan jurulatih
Posted by pahaikan on Monday, April 18, 2011,
In :
Ragbi
Nyanyian Skuad Badak yang diketuai oleh Cikgu Ahmad Zabidi, salah seorang daripada jurulatih pasukan ini..
Hoi...
Kami la juara di dalam negeri, Kami juara didalam negeri ini, Kerja menscrum menekel dan menghenop, Tidak memilih Keningau atau Beaufort, Asal yang boleh ku bawa lari, Kami Juara... Juara...
La... La... La...
Hoi..
Kamilah juara di dalam negeri, Kami juara cukup berilmu kebal, Asal merugby terkenal paling handal, Fiji Keningau semua kami bedal, Siapa melawan ku takle solid, Kami Juara... Juara....
Posted by pahaikan on Monday, April 18, 2011,
In :
Free Topics
Pandangan dari luar Dewan Masyarakat Tawau
PIKOM PC Fair berakhir lebih kurang jam 9:30 malam semalam setelah 3 hari pameran berlangsung. Dewan Masyarakat Tawau tidak putus-putus menerima kunjungan dan macam biasa, hari terakhir semalam merupakan hari yang paling sibuk. Lagi pun, harga barangan mula diturunkan sehingga 50% daripada harga asal.
Syarikat-syarikat telekomunikasi turut memperagakan broadband masing-masing pada harga istimewa khas untuk pameran PIKOM sahaja.
Posted by pahaikan on Monday, April 18, 2011,
In :
Unit Beruniform
Pemandangan tapak khemah dari kawasan flat SM Teknik Tawau
Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau berkhemah lagi.... Masih di tempat yang sama iaitu Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau tetapi kali ini, para pelajar Tingkatan 5 dilantik menjadi fasilitator manakala pelajar Tingkatan 4 menjadi peserta perkhemahan.
Sunyi, sepi, sejuk dan seram... Hehehe...
Seramai 33 orang peserta terlibat dalam perkhemahan kali ini dan 12 orang fasilitator terlibat bersama dengan 4 orang guru pengakap.
Posted by pahaikan on Wednesday, April 13, 2011,
In :
Ragbi
SM Teknik Tawau Juara Ragbi Zon Sabah - Pasukan SM Teknik Tawau dengan jersi merah berjaya mengisi ruangan berwarna Utusan Borneo pada 13/04/2011.
Satu jamuan makan telahpun diadakan pada hari ini untuk meraikan Skuad Badak SM Teknik Tawau yang telah menjadi Johan dalam Pertandingan Ragbi Kejohanan Antara Teknik 2011 baru-baru ini. Kemenangan mereka lebih manis apabila berita kemenangan mereka dicanangkan dalam Bahagian Sukan Utusan Borneo.
Posted by pahaikan on Monday, April 11, 2011,
In :
Teknik Tawau
Cikgu Idham diamanahkan untuk mempengerusikan majlis ini
Satu majlis ringkas sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran guru-guru SM Teknik Tawau bagi bulan Januari, Februari dan Mac dilangsungkan hari ini dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah. Acara yang buat julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik dan menurunkan ilmu serta panduan yang mungkin akan membantu pelajar dalam menentukan masa depan mereka. Untuk makluman semua, majlis ini ad... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, April 11, 2011,
In :
Teknik Tawau
Pengetua, Encik Johan Okasa mengumumkan pencapaian secara keseluruhan SM Teknik Tawau dalam Kejohanan Antara Teknik Peringkat Negeri Sabah 2011
SM Teknik Tawau masih mampu untuk menarik nafas lega apabila pulang dengan 2 butir pingat emas daripada 8 kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Antara Teknik yang berakhir, semalam. Berikut adalah pencapaian keseluruhan Kontinjen SM Teknik Tawau dalam kejohanan tersebut:
RAGBI: Johan BAHAS BAHASA INGGERIS: Tempat Ke-2 BOLASEPAK: Tempat ke- 3 KAT Id...
Posted by pahaikan on Tuesday, April 5, 2011,
In :
Teknik Tawau
Ketua Kontinjen Peserta KAT SM Teknik Tawau 2011, Adik Fadzil (Ragbi) mengibarkan bendera SM Teknik Tawau menandakan bahawa semua peserta bertandang ke SMV Beaufort dengan semangat berkobar...
Kontinjen KAT SM Teknik Tawau bertolak ke Beaufort pada hari ini, 05/04/2011 dengan satu misi utama... Mejulang Piala Johan Keseluruhan KAT setelah hanya mampu menduduki tempat ke-2, pada tahun lepas dibelakang SM Teknik Keningau.(Rujuk entri tahun lepas: http://www.pahaikan.com/blog/kejohanan-antara-te... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, April 3, 2011,
In :
Teknik Tawau
Adik Mohd Raqib Bin Amiruddin menerima Anugerah Al-Biruni, anugerah khas dari Jabatan Sains & Matematik untuk pencapaian cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik dengan gred purata 1.5. Adik Raqib turut menerima Sumbangan Peribadi Pahaikan.com selaku Pelajar Terbaik Matapelajaran Kimia SPM 2010
Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau 2011 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan wajah ceria di Dewan Tun Ahmad Shah (TAS), kelmarin. Lebih kurang 600 graduan berjaya hadi... Continue reading ...