Program Cabaran INSTIK 2011 telah dilangsungkan dengan jayanya oleh Jabatan Sains dan Matematik SM Teknik Tawau dengan kerjasama guru-guru dari jabatan yang lain.

Berbeza dengan Cabaran Instik sebelum ini (2009), Cabaran Instik 2011 menampilkan 3 pertandingan  yang berbeza iaitu:
  • Showcase On Board (Makmal Fizik 1)
  • Speed Formula (Makmal Fizik 2)
  • Jumper Shoe (Dataran Ilmu / Teknikal)
Pendaftaran peserta bermula pada jam 10.25 pagi di Bilik BMG 2. Semua pertandingan berjalan serentak pada jam 11.15 pagi.


Para peserta Pertandingan Showcase On Board mengelilingi Cikgu Adzlina untuk mendaftar


Uii... Berkerumun pula diorang ni... Pelan-pelan la...


Jangan salah tulis ya...


Senarai peserta Showcase On Board...


SHOWCASE ON BOARD

Pertandingan Showcase On Board adalah satu pertandingan berkonsepkan aplikasi IT dalam pembelajaran di mana para peserta diminta untuk menyediakan satu set "Slide" (maksimum 10 slide) untuk satu subtopik dalam silibus matapelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Sains dan Applied Sains. Dan, para peserta diminta untuk mempersembahkan "Slide" tersebut kepada para pengadil yang telah ditugaskan.

Sebanyak 12 kumpulan menyertai pertandingan ini dan ternyata semuanya memberikan persembahan yang baik.


Persembahan yang "menyelerakan" daripada Kelas 5 Katering


Persembahan yang mengambil masa yang agak panjang dari kelas 5 PPKK


Slideshow yang mantap dan jelas dari Kelas 4 PPKK


Macam pening pula para pengadil pilih pemenang... Hehehe...

Ada sedikit kelemahan dalam pertandingan ini namun ianya masih boleh diperbaiki di masa yang akan datang.


SPEED FORMULA

Satu pertandingan berkonsepkan Kimia yang menguji kemampuan pelajar untuk mengingat formula ion kimia denga pantas. Penilaian dibuat terhadap jawapan yang tepat dan masa terpantas.


Pengadil untuk Pertandingan Speed Formula, Cikgu Awang Jamain dan Cikgu Rosalin


Para peserta yang tinggal dalam pusingan ke-2


Apa lagi yang ko fikir tu Faiz...??

JUMPER SHOE

Pertandingan yang berlangsung di Dataran Ilmu Bangunan Teknikal ini adalah yang paling mendapat sambutan dan disaksikan oleh ramai pelajar dan guru yang mengisi ruang legar Dataran Ilmu dan koridor Bangunan Teknikal. Pertandingan ini mencabar keupayaan/kreativiti pelajar untuk merekabentuk bahan-bahan yang disediakan menjadi sepasang kasut / alas kaki yang boleh digunakan untuk memijak telur tanpa pecah. Konsep yang dipertaruhkan disini ialah konsep tekanan.

Banyak kumpulan yang ikut pertandingan ini tapi tidak tau pula siapa yang menang...


Telur-telur yang bakal menjadi mangsa kasut... Kesian...


Tapak pertandingan Jumper Shoes...


Pandangan ke bawah, tapak pertandingan dari Tingkat 2 Bangunan Blok Teknikal...


Para peserta dan para peminat (Tingkat 1) yang tidak sabar untuk memulakan pertandingan...


Sabar menunggu giliran...


Alahai... Kecilnya belon...


Bolehkah tu? Dia punya tukang test pun besar...


Macam tidak seimbang saja kasut tu...


Ni macam susah ni...


Em.. Macam selipar jepun ni... Hehehe...


Nah kann... Ada hiasan lagi...


Boleh sudahkah ni Akmah? Atau masih meng"edit" lagi...


Yang ni pula?? Penyokong siapa ni...


Ni macam terompah mana ni...


Masa untuk menguji kasut...


Ok... Ready...


Pelan-pelan... Ambil nafas dulu...


Satu... Pas tu...


Satu lagi...


Pas tu, dua-dua pecah... Aisyeh men... Gagal ni... Hehehe...

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam program kali ini. Dan, ucapan terima kasih kepada penyelaras program iaitu Cikgu Heatinorayu Md Nor dibantu oleh Cikgu Ana Sarda Japar serta guru-guru Jabatan Sains & Matematik yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.


Cikgu Heatinorayu bersama barisan urusetia Program Cabaran Instik 2011

Nantikan pengumuman para pemenang dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah...

CATATAN: Ada idea untuk pertandingan yang akan datang?? ... Hehehe...