Tuan rumah merangkul gelaran Juara Keseluruhan setelah memenangi 6 daripada 8 kategori yang dipertandingkan...

EXPO Sains & Matematik Peringkat Daerah Tawau yang berlangsung dengan tema RESCUE THE EARTH THROUGH INSTIK CREATIVE MINDS berlangsung meriah semalam dengan tuan rumah merangkul gelaran Juara Keseluruhan dengan menewaskan 13 buah sekolah lain dalam Daerah Tawau yang mengambil bahagian.

Program yang berjalan selama 2 hari ini menampilkan 3 kategori utama iaitu Pertandingan INSTIK RACE, Pertandingan INOVASI SAINS dan Pertandingan INOVASI MATEMATIK.


Peserta dari SMK Abaka...


Peserta saringan dari SMK Merotai Besar...


Peserta dari SMK Jalan Apas...


Antara aktiviti yang berlangsung dalam Amazing Instik Race...

Pertandingan INSTIK RACE dijalankan sepenuhnya di Blok Teknikal manakala dua pertandingan yang melibatkan pameran prototype inovasi dijalankan di Dewan Tun Ahmad Shah. Panitia PJK dan Persatuan Bulan Sabit Merah SM Vokasional Tawau turut membuka booth untuk Program Menguji Kumpulan Darah dengan kerjasama CliniPath (M) Sdn Bhd Cawangan Tawau.


Booth Menguji Kumpulan Darah...


Afiy, anak Cikgu Yusuf turut mengambil bahagian untuk menguji kumpulan darah...


Macam lain pula expresi muka tu kann...

Para pengadil yang dijemput untuk mengadili pertandingan INOVASI adalah pengadil berkecuali dari badan-badan kerajaan, antaranya Encik Sandy, Encik A Malik Bin Mat, Encik Jesper dan Encik Sazali.


Hakim berpengalaman, Encik A Malik dan rakannya...


Dari kiri: Encik Sazali dan Encik Sandy....


Encik Jesper bersama pembantunya dari Jabatan Kerja Raya...


Booth SMK Merotai Besar...


Mengadili prototype kategori inovasi matematik di booth SM St Patrick...


Booth SMK Pasir Putih...


Boleh bikin senjata juga bah ni.... Komen Encik Sandy kepda penyampai...


Alat pembuka paku tekan hasil inovasi SMK Kabota yang dimaksudkan oleh Encik Sandy...


Booth SMK Titingan...


Demontrasi Penyerapan Minyak Oleh Bahan Organik dari Humus Kelapa Sawit..


Macam begini caranya...

Penyampai utama Inovasi Matematik SMK Balung...


Pasukan Inovasi Matematik SM Vokasional Tawau...


Pasukan Inovasi Sains SM Vokasional Tawau...


Gambar kenangan dihadapan Booth SM Vokasional Tawau...


Para pengadil dibawa untuk menjamu selera di Restoran Perdana SM Vokasional Tawau...

Majlis Perasmian Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Encik Gasing Bin Haji Saling, Ketua Pemuda UMNO Kalabakan yang juga EXCO Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia lebih kurang jam 4.00 petang. Dalam ucapannya, Encik Gasing menyatakan tentang kepentingan pembangunan mapan yang membawa maksud pembangunan yang adil iaitu memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang. Ini termasuklah cara pengurusan sampah sarap dan bahan kitar semula dengan lebih terancang.


Korset dipasang sebelum tetamu kehormat melangkah masuk ke dalam dewan...


Nyanyian lagu Negaraku...


Ucapan perasmian dari Encik Gasing...

Sebelum acara penyampaian hadiah dijalankan, Ketua Hakim Pertandingan Inovasi Sains & Matematik diberikan ruang untuk memberikan ulasan tentang pertandingan secara menyeluruh melalui pengamatan mereka. Ternyata, ada banyak ruang untuk penambahbaikan dan semua sekolah boleh menjadikan ulasan ini sebagai suatu komen yang positif ke arah penulisan dokumentasi dan penghasilan prototype yang lebih baik pada masa akan datang.


Ulasan dari Ketua Hakim Pertandingan INOVASI, Encik A Malik Bin Mat...


Kalah atau menang sudah menjadi adat pertandingan... Tidak perlu kecewa...

-------------- KEPUTUSAN PERTANDINGAN -------------

Kategori INSTIK RACE:
Pertama: SM Vokasional Tawau 1
Kedua: SM Vokasional Tawau 2
Ketiga: SMK

Kategori INOVASI SAINS:
Pertama: SM Vokasional Tawau
Kedua: SMK Kabota
Ketiga: SMK

Kategori INOVASI MATEMATIK:
Pertama: SM Vokasional Tawau
Kedua: SMK Balung Tawau
Ketiga: SMK

Kategori Penyampai Terbaik:
SAINS: SMK Titingan, Tawau
MATEMATIK: SMK Balung, Tawau

Kategori Dokumentasi Terbaik:
SAINS: SM Vokasional Tawau
MATEMATIK: SM Vokasional Tawau

Kategori Booth:
SM Vokasional Tawau

Juara Keseluruhan: SM Vokasional Tawau



Cikgu Rosley Lipen, menerima piala, sijil dan hamper untuk Hadiah Booth Terbaik...


Cikgu Darawati, mewakili pasukan SM Vokasional Tawau menerima Piala Pusingan Datuk Mary Yap Kain Ching, sijil dan wang RM1000.00 selaku Juara Keseluruhan EXPO INSTIK 2012

Saya selaku Penyelaras Pameran EXPO Sains & Matematik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semua keringat yang dicurahkan dalam program ini pastinya akan menjadi suatu panduan dan bakal membantu dalam penganjuran yang lebih baik pada masa yang akan datang....


Terima kasih kepada Cikgu Asmani dan Cikgu Erna, selaku pengacara majlis...


Terima kasih kepada dua orang kuat gimik, Cikgu Zamri Awa dan Cikgu Muslihadir Mase...


Lagi satu orang kuat, Encik Azry @ Kadir....


Terima kasih juga kepada Bengkel Katering bersama pelajarnya...


Dan, tidak lupa kepada wakil Kelab Kewartawanan SMK Balung yang turut hadir untuk membuat liputan bagi program ini...

Kali terakhir pertandingan ini diadakan di SM Vokasional Tawau yang pada masa itu masih dikenali dengan nama SM Teknik Tawau adalah pada 2009. Sila rujuk entri ini: EXPO INSTIK 2009: http://www.pahaikan.com/blog/ekspo-sains-matematik-2009-moving-beyond-with-instik

Gambar lain semasa program ini berlangsung bolehlah dilihat disini:
Peserta Saringan INSTIK RACE: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.495464070463679.120067.100000002726077&type=3
Pertandingan INOVASI INSTIK:
Part 1: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.495487483794671.120086.100000002726077&type=3
Part 2: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.495487907127962.120087.100000002726077&type=3

CATATAN: Adakah ini kali terakhir SM Vokasional Tawau (yang akan berhijrah menjadi Kolej Vokasional Tawau) menyertai program seumpamanya...??