Sedia..... 1... 2... 3....

Larian Merentas Desa sempena SOT 2010 telah dijalankan pada sebelah pagi hari ini, yang menyaksikan semua Rumah Sukan bertungkus lumus mengumpulkan markah yang banyak sebagai bekal ke Sinar Obor Teknik 2010 yang akan berlangsung minggu depan.

Ucapan tahniah kepada Penyelaras Larian Merentas Desa ini iaitu Encik Mohd Suhairi Isa dan semua ahli jawatakuasanya yang berjaya melaksanakan program ini dengan cemerlang. Persediaan rapi selama satu bulan telah dijelmakan kepada satu penganjuran yang teratur dan terkawal.


Antara aksi guru yang sempat dirakam sepanjang program ini... (Klik untuk Album Larian Merentas Desa 2010)

Program Larian Merentas Desa ini bermula pada jam 6:45 pagi dimana semua pelajar dikumpulkan di hadapan Dataran Teknikal. Setelah ucapan dan taklimat diberikan, guru-guru bertugas mula bergerak ke semua Checkpoint yang telah ditetapkan kira-kira jam 7:30 pagi. Namun kelewatan Pegawai Trafik yang ditugaskan untuk mengawal lalulintas menyebabkan pelepasan peserta Merentas Desa ini ditangguhkan dari jam 8:00 ke jam 8:30 pagi. Masa terluang tersebut diisi oleh Encik Mohammad Yamalang yang berinteraksi bersama pelajar selama setengah jam.

Selepas itu, pelajar dilepaskan didahului oleh pelajar lelaki dan 10 minit selepas itu, pelajar perempuan pula dilepaskan. Trek Larian Merentas Desa kali ini masih menggunakan trek yang lama (boleh rujuk file Peta Larian Merentas Desa 2009) kecuali halangan air tidak lagi digunakan kerana faktor keselamatan pelajar.


Antara hadiah yang ditawarkan dalam Larian Merentas Desa kali ini...

Hanya 2 kategori dipertandingkan iaitu, kategori lelaki dan kategori perempuan dan 20 hadiah untuk setiap kategori disediakan. Namun hanya pemenang tempat pertama, ke-2 dan ke-3 sahaja yang mendapat piala dan hamper.


Dari Kiri: Adik Risman Bin Abd Latip, Adik Mohd Khairul Bin Jumadi dan Mohd Azhar Abdullah

Pemenang kategori lelaki ialah Adik Risman Bin Abd Latip dari Rumah Arka, tempat ke-2 Adik Mohd Khairul Bin Jumadi dari Rumah Data dan tempat ke-3 ialah Mohd Azhar Abdullah dari Rumah Mega. Masing-masing mencatat masa 34 minit 15 saat, 35 minit 24 saat dan 37 minit 37 saat. Nampaknya pemenang yang sama dalam Larian Merentas Desa 2009 mengungguli kedudukan 1 dan 2 untuk tahun ini. Ahzar pula mendapat tempat ke-4 pada tahun lepas memperbaiki kedudukan ke tempat ke-3... Tahniah semua...


Dari Kiri: Adik Norfasira Jamaluddin, Adik Ramnah Ogoh dan Adik Sumarni Mansor

Kategori perempuan pula dimenangi oleh Adik Norfasira Jamaluddin dari Rumah Data ditempat pertama, Adik Ramnah Ogoh juga dari Rumah Data ditempat ke-2 dan Adik Sumarni Mansor dari Rumah Saga di tempat ke-3. Masing-masing mencatat 47 minit 45 saat, 48 minit 48 saat dan 49 minit 48 saat.


Antara aksi pelajar yang sempat dirakamkan... (Klik untuk Album Larian Merentas Desa 2010)

Penyampaian hadiah kepada pemenang dijalakna di Dewan TAS lebih kurang jam 11.00 pagi. Setelah hadiah disampaikan kepada para pemenang, johan keseluruhan Larian Merentas Desa diumumkan dan tahniah kepada Rumah Data yang berjaya mengumpul 144 markah berbanding Arka 128 markah, Saga 95 markah dan Mega 62 markah.

Turut diumumkan ialah pungutan markah keseluruhan setakat ini setelah Program Sukan Tara dan Larian Merentas Desa. Keputusannya ialah:

1 - Data = 35 markah
2 - Saga = 30 markah
3 - Arka = 25 markah
4 - Mega = 10 markah

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat... Kepada yang ingin melihat koleksi Pahaikan.com untuk Gambar Larian Merentas Desa 2010, sila klik link ini: Album Larian Merentas Desa 2010. Atau sekiranya anda ingin mengimbas kembali kenangan dalam Larian Merentas Desa 2009, sila klik di sini: Larian Merentas Desa 2009.

CATATAN: Ramai pelajar malu-malu jadi memang susah mau ambil gambar...