Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau dibawah bimbingan Jurulatih, Haindy Sapikit dan Syed Abdul Rahman. (Gambar oleh Cikgu Haindy - Facebook: http://www.facebook.com/album.php?id=100000717285319&aid=45519)

Tersungkur? Tidak juga... Saja mau bagi tajuknya kedengaran best sikit... Hehehe...

Sebenarnya Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau adalah pasukan yang digeruni sepanjang pertandingan namun terpaksa akur dalam perlawanan separuh akhir apabila tewas di tangan SMK Kalabakan melalui penentuan sepakan penalti, 0-3.
Dalam penentuan tersebut, Edika, Madsarin dan Nazrin Togo, gagal melaksanakan tugas mereka.

Saya tidak berkesempatan untuk melihat perlawanan ini tetapi sempat bertanya dengan pengurus pasukan ini, Cikgu Edward Sabinus. Ini adalah antara maklumat yang dapat saya kongsikan bersama daripada pengurus pasukan. "Pasukan kita menguasai hampir keseluruhan permainan berjaya mendahului melalui jaringan awal dari Pian. Walau bagaimanapun, ketumpulan bahagian serangan menyebabkan beberapa peluang yang berjaya dicipta tidak dijelmakan kepada gol dalam separuh masa pertama. Dalam minit ke-15 separuh masa ke-2 pula, kita dibolosi sejurus selepas pemain bek kanan mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan pemain centreback kita, Amirul yang cuba untuk menutup ruang disebelah kanan dengan mudah dilepasi. Perebutan bola dihadapan gol berjaya menghasilkan gol buat SMK Kalabakan yang berjaya melambungkan bola melangkaui jangkauan penjaga gol, Syazmie. Tersentak dengan gol penyamaan tersebut, pasukan kita terus mengasak namun SMK Kalabakan berjaya mengawal serangan SM Teknik Tawau dengan baik. Permainan masa penuh berakhir 1-1."


Gambar kenangan perlawanan separuh akhir menentang SMK Kalabakan. (Gambar oleh Cikgu Haindy - Facebook)

"Peluang untuk menamatkan niat SMK Kalabakan untuk beraksi dalam perlawanan akhir, hadir pada akhir masa tambahan melalui sepakan percuma yang diambil oleh Pian, namun sepakannya terkena palang dan keluar. SM Teknik Tawau meningkatkan lagi asakan namun, SMK Kalabakan terus bertahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan pemenang melalui sepakan penalti", tambah beliau lagi.


Kurang satu Dusun (Klik sini: http://www.pahaikan.com/blog/rr-mar-2-2010-4)... Hehehe.. Gandingan mantap yang berjaya menjulang Teknik Tawau dalam pertandingan yang sama pada tahun lepas..

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa jumlah masa permainan separuh akhir ini dipendekkan sebanyak 30 minit iaitu 20 minit dikurangkan daripada masa penuh permainan dan 10 minit dikurangkan dalam masa tambahan.

Apa pun, pujian harus diberikan kepada pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun yang telah menunjukkan kesunguhan dan komitmen yang tinggi dari peringkat kumpulan sehingga ke peringkat separuh akhir.


Membaca doa sebelum perlawanan bermula ialah amalan yang telah lama diterapkan dalam semua pasukan dari SM Teknik Tawau..

Berikut adalah keputusan perlawanan Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau dalam pertandingan ini:

Peringkat Kumpulan:

22/02/2011 - Lawan SMK Umas-umas (Menang 4-1)
23/02/2011 - Lawan SMK Kabota (Menang 3-0)
24/02/2011 - Lawan SMK Pasir Putih (Menang 5-1)

Peringkat Suku Akhir:

25/03/2011 - Lawan SMK Jambatan Putih (Menang 3-0, semua gol dijaringkan dalam masa tambahan)

Peringkat Akhir:

26/02/2011 - Lawan SMK Kalabakan (Seri 1-1, kalah dalam penentuan sepakan penalti 0-3)

Jumlah jaringan = 16 gol
Jumlah bolos = 3 gol
Penjaring terbanyak = Pian (4 gol), Nazreen (4 gol)


Untuk makluman semua pembaca, Juara Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSS Daerah Tawau ialah SMK Kalabakan yang berjaya menewaskan SM Holy Trinity dengan jaringan 2-0.

Meskipun tewas, pasukan ini telah diraikan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 28/02/2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membina semangat dan jati diri pelajar yang pastinya dapat ditingkatkan lagi untuk menjulang kejuaraan berganda dalam Kejohanan Antara Teknik Peringkat Negeri Sabah pada bulan April nanti...


Cikgu Edward Sabinus menyampaikan laporan pertandingan dalam Majlis Perhimpunan Sekolah pada 28/02/2011


Gambar kenangan Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun bersama pengetua dan barisan pentadbir dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah.. (Siapa yang mau gambar ni sila bagitau...)

CATATAN: Nanti masa KAT, sila berikan yang lagi baik...