Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 berlangsung dengan jayanya, kelmarin. Warna hijau, biru, kuning dan merah menghiasi separuh daripada Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Kemeriahan dan semangat kesukanan meresap ke dalam jiwa setiap warga Teknik Tawau yang bersama-sama menjayakan program ini.

Berkumpul pada jam 7:00 pagi, semua orang kelihatan sibuk mempersiapkan diri untuk Majlis Perasmian Sinar Obor Teknik Ke-12 yang telah pun disempurnakan oleh Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pemuda UMNO Kebangsaan yang merangkap Bapa Angkat SM Teknik Tawau.


Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling yang merasmikan Sinar Obor Teknik Kali ke-12 2010... Terima kasih diucapkan...

Majlis perasmian yang didahului dengan perbarisan lintas hormat dari rumah sukan dan unit beruniform, ternyata sangat mengujakan kerana setiap unit perbarisan menggunakan pakaian lengkap yang segak dan bergaya. Latihan selama beberapa minggu sebelumnya, diterjemahkan kepada persembahan yang mantap dan sesungguhnya yang lebih bersedia pasti akan mendapat ganjaran.


Antara rumah sukan dan unit beruniform yang melakukan perbarisan lintas hormat sempena kejohanan ini.

Selepas perbarisan lintas hormat, suasana riuh bertukar reda untuk mendengarkan ucapan daripada Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa dan juga ucapan perasmian daripada Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling. Yang bagusnya... Tuan Mohd Gasing menyatakan kesediaannya untuk memberikan sumbangan berupa set jersi lengkap untuk Pasukan Bola Sepak Bawah 18 tahun yang baru sahaja memenangi Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSM Daerah Tawau pada 02/03/2010 yang lepas... Terima kasih sekali lagi...

Selepas upacara perasmian dan menaikkan bendera kejohanan, acara sukan disambung semula. Hanya acara 800 m, 400 m, 100 m dan 4x100m dipertandingkan. Acara lain telah pun selesai dilaksanakan dalam Pra Sinar Obor, pada hari sebelumnya. Seperti biasa, kecederaan pasti menyusul apabila atlit tidak mempersiapkan diri dengan baik sebelum pertandingan bermula...


Terima kasih kepada pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang turut sama membantu mengawal kecemasan di dalam arena..

Nampaknya tiada rekod baru kejohanan dicatatkan dalam SOT Ke-12 ini berbanding SOT ke-11. Acara kegemaran ramai iaitu acara pecut 100 m hanya mampu mencatatkan 12.32 saat oleh Mohd Nashrul Bin Sudirman (ARKA) berbanding tahun sebelumnya dengan 11.52 saat yang dibuat oleh Salman Abdul Hamid (ARKA) yang juga rekod baru kejohanan.

Kontroversi yang berlaku pada tahun lepas tidak lagi berlaku pada tahun ini kerana para petugas lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan terutamanya selepas post-mortem dilakukan terhadap kelemahan pada tahun lepas. Siapa yang tidak tahu pasal kontroversi tahun lepas bolehlah rujuk disini: SINAR OBOR TEKNIK 2009.


Guru-guru yang menikmati suasana di dalam Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau...

Semua acara tamat kira-kira jam 11.45 pagi dan diteruskan dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Saya berkesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang perbarisan lintas hormat bagi kategori unit beruniform yang dimenangi oleh Kadet Pertahanan Awam ditempat pertama, Pengakap ditempat ke-2 dan Kadet Remaja Sekolah ditempat ke-3. Tahniah diucapkan... Kadet Pertahanan Awam (KAPA) mengekalkan kedudukan mereka dalam kejohanan kali ini namun Kadet Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang masing-masing memperolehi tempat ke-2 dan ke-3 tahun lepas tidak mendapat tempat. Apa yang telah berlaku???...

Terima kasih kepada Cikgu Mohammad Yamalang yang telah memberikan peluang untuk menyampaikan hadiah dan juga kerana turut membantu mempromosikan laman web Pahaikan.com kepada umum semasa kejohanan ini berlangsung.

Perbarisan rumah sukan pula dimenangi oleh Rumah Arka diikuti oleh Rumah Data, Rumah Saga dan Rumah Mega. Susunan pemenang perbarisan rumah sukan tahun lepas ialah Data - Arka - Mega - Saga.


Para olahragawan dan olahragawati SOT Kali ke-12.
Dari Kiri - Gambar atas: Olahragawan Ting 5, Mohd Nashrul Bin Sudirman (ARKA) 3 emas, 1 perak,
Olahragawati Ting 5
, Nor Shahirah Sarape (SAGA) 5 emas,
Gambar bawah:
Olahragawan Ting 4, Mohd Al Mudhar Bin Mohd Saud (MEGA) 2 emas 1 gangsa,
Olahragawati Ting 4,
Fazilah Ahamas (ARKA) 3 emas 1 perak


Markah terkumpul yang ditayangkan diskrin menjulang Rumah Data sebagai johan keseluruhan Sinar Obor Teknik Kali ke-12 dengan pungutan markah sebanyak 219, 4 markah melebihi pencabar terdekat, Rumah Arka  yang juga Juara Tahun 2009....


Juara Keseluruhan iaitu Ketua Pelajar Rumah Data menerima Piala Pusingan Kejohanan Sinar Obor Teknik daripada Pengetua, Johan Bin Okasa


Terima kasih diucapkan kepada para pembawa Bendera Kejohanan... Walaupun kurang sikit... tapi kira okay la juga...

Ucapan terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pasangan pengacara majlis iaitu Cikgu Mohammad Yamalang dan Cikgu Adibah yang telah berjaya menghidupkan suasana sambil sekali sekala mengusik guru-guru dan pelajar dengan jenaka tidak ketara mereka... Hehehehe...

Terdapat 182 gambar yang berjaya diambil semasa Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 2010 ini. Untuk melihat album ini... Mana tau gambar anda terselit sekali... Sila klik: Album Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 2010

CATATAN: Lupa pula pakai sun block... Nah.. jadi hitam sudah ni...