PROJECT 9: KAD SEBATIAN KARBON Version 1.0

CATEGORY: Educational Game (Specially designed for Chemistry
KBSM Syllabus For Form 4 & 5)

TITLE: CARBON COMPOUND CARD GAME





PENGENALAN:

Mengajar topik sebatian karbon agak sukar jika tidak menekankan kepada asas pembentukan molekul kovalen iaitu melalui perkongsian elektron. Dalam minda pelajar yang tidak mempunyai asas yang kuat (lemah), akan timbul soalan bagaimana sebatian itu boleh terbentuk. Jadi, pengulangan tentang ikatan kovalen perlu dilakukan sebelum memulakan tajuk ini.

Di dalam tajuk ini juga, terdapat dua subtopik utama yang perlu diajar iaitu sebatian HIDROKARBON dan sebatian BUKAN HIDROKARBON. Dan, penguasaan ke atas subtopik HIDROKARBON sangat perlu sebelum memasuki subtopik seterusnya. Dengan memahami  bahagian yang pertama (HIDROKARBON), tahap kefahaman pelajar boleh ditingkatkan menggunakan permainan ini.

Permainan KAD SEBATIAN KARBON ini direka khas untuk tujuan peningkatan kefahaman dan pembentukan idea yang lebih mantap tentang struktur sebatian karbon. Permainan ini juga membentuk kerjasama pasukan dan pertukaran idea akan berlaku semasa permainan berlangsung.

Apa yang paling penting ialah pelajar SENTIASA ingat bahawa karbon hanya mampu membentuk 4 ikatan tunggal dan siri homolog yang berbeza akan membentuk kumpulan berfungsi yang berbeza. 

Pengetahuan dalam menamakan sebatian yang terbentuk adalah penting tetapi ianya akan dapat dipelajari semasa permainan dimainkan.

Permainan kad ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengulangkaji bab ini.


CARA PERMAINAN

Cara permainan KAD SEBATIAN KARBON boleh diubahsuai mengikut keseronokan bermain. Ianya boleh dimainkan secara berpasukan atau secara perseorangan dalam perlawanan 4 penjuru. Tiada gelanggang diperlukan untuk permainan ini.

Tujuan utama permainan ini ialah mengumpul markah tertinggi sepanjang permainan. TIGA kad akan diberikan kepada setiap pemain pada permulaan permainan. Pemain akan mengutip markah apabila meletakkan kadnya mengikut giliran. Hanya maksimum 1 kad sahaja boleh dimainkan setiap giliran. (Markah setiap kad adalah mengikut nombor proton setiap unsur). Setelah meletakkan kad, pemain tersebut perlu mengambil 1 kad baru daripada kumpulan kad yang belum dimainkan, supaya bilangan kad menjadi TIGA semula.

Sekiranya pemain tersebut tidak mempunyai kad untuk dimainkan, dia boleh memberikan laluan kepada pemain seterusnya (mengikut giliran) dengan menyebut PASS (Hilang giliran). Apabila pemain yang sama memberikan PASS sebanyak dua kali (Hilang giliran 2 kali), pemain tersebut boleh menukarkan DUA kad untuk mendapatkan kad baru. [Hilang giliran maksudnya HILANG MARKAH - kalau boleh elakkan untuk hilang giliran]

MARKAH: Markah boleh ditingkatkan melalui pembuangan dadu setiap kali giliran meletakkan kad. Dadu yang bertanda 1X bermaksud markah ganda sekali, 2X maksudnya markah ganda 2 kali, dan 3X maksudnya markah ganda 3 kali. Hanya satu muka dadu bertanda 2X dan satu untuk 3X. Yang lainnya bertanda 1x.

BILANGAN ATOM KARBON UNTUK SETIAP SET: Bilangan atom karbon yang boleh dimainkan untuk setiap set permainan dihadkan kepada 10 atom karbon sahaja untuk rantai lurus. Maksudnya, cabang (branch) adalah terkecuali. Hanya maksimum 4 cabang dibenarkan dalam permainan ini.

MEMBUAT CABANG: Para pemain yang mempunyai markah terkumpul 20 dan keatas dalam setiap set permainan dibolehkan untuk membuat cabang.

KARAKTER ISTIMEWA: Terdapat beberapa karakter istimewa yang boleh dimainkan dalam permainan ini. Setiap karakter istimewa ini membawa markah yang berbeza dan strategi permainan ini ialah menggunakan peluang sebaik mungkin untuk meletakkan karakter istimewa ini untuk mendapat markah yang tinggi.

PENAMAAN: Pemain terakhir yang melengkapkan sebatian karbon tersebut mendapat peluang untuk menamakan sebatian. Sekiranya nama yang diberikan salah, PENALTI sebanyak 7 markah akan dikenakan. Dan, peluang akan diberikan kepada pemain seterusnya. Nama yang betul akan mendapat 15 markah.


APLIKASI KAD DALAM KELAS




CATATAN:

Atom dan karakter istimewa akan ditambahkan dari masa ke semasa untuk meningkatkan keseronokan permainan, dan ini mungkin akan direalisasikan dalam versi baru KAD SEBATIAN KARBON 2.0.



Kepada yang berminat untuk mendapatkan cara permainan Kad Sebatian Karbon yang lengkap, anda boleh menghantar e-mail kepada saya di alamat pahaikan@gmail.com atau project@pahaikan.com.

CLICK TO ACCESS THE OTHER PAHAIKAN'S PROJECT


 
Make a Free Website with Yola.