March 10, 2010
Barisan kesebelasan utama yang bermain di separuh masa pertama perlawanan menentang Kolej Komuniti Tawau...Kolej Komuniti Tawau bertandang ke The Green, SM Teknik Tawau dengan tujuan membalas dendam atas kekalahan tipis 6 - 5 pada 24/02/2010 yang lepas. Ini merupakan siri perlawanan persahabatan terakhir dalam minggu ini sebelum mereka bertolak ke Kota Kinabalu untuk perlawanan untuk Liga IPTA Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Dan berita baik untuk penyokong mereka, mereka menang dalam perlawanan ini dengan jaringan 5 - 4. Dalam separuh masa pertama, Teknik FC didahului dengan jaringan 4 - 1 dimana 2 gol KKT diperolehi melalui kesilapan penjaga gol yang " digantung" dan 2 gol lagi melalui serangan pantas yang tidak dapat dipintas oleh barisan pertahanan Teknik FC. Gol tunggal Teknik FC di separuh masa pertama diperolehi apabila Razi membuat hantaran yang cantik kepada Haindy Sapikit yang berjaya melepasi perangkap offside. Haindy menyudahkan hantaran dengan kemas... Jasni, Aznan, Syeh, Asmawi, Syazani, Arash, Khairul, Shamsudin, Awang Wahid dan Fandi (tiada dalam gambar) yang masuk menggantikan 10 pemain kesebelasan utama separuh masa pertama...Dalam separuh masa ke-2 pula, 10 orang pemain Teknik FC dikeluarkan untuk memberikan ruang kepada tenaga baru untuk mencari gol penyamaan. Belum pun lima minit permainan separuh masa ke-2, Teknik FC mendapat gol semangat melalui sepakan penalti apabila Razi dijatuhkan oleh penjaga gol di dalam kotak penalti. Razi dengan tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut. Semangat yang berkobar terus mengiringi corak permainan Teknik FC namun KKT mendapat satu gol lagi apabila Syazani juga " digantung" untuk gol ke-5 Kolej Komuniti Tawau. Apa pun, Teknik FC terus mengasak dan memperolehi 2 gol lagi melalui Asmawi dan Razi. Gol Asmawi hadir pada minit ke 60 apabila dia berjaya melarikan bola kesebelah kanan gawang gol pasukan KKT sebelum membawa masuk dan merembat dari jarak 25 meter untuk kedudukan 3 - 5. Gol Razi pula diperolehi hasil hantaran Jasni kepada Razi yang melepasi pertahanan tengah KKT sebelum menggantung penjaga gol pasukan KKT untuk kedudukan 4 - 5. Walau bagaimanapun, KKT mengambil alih penguasaan permainan namun semua percubaan mereka digagalkan dengan kepantasan Haindy yang menggantikan Arash di bahagian pertahanan. Antara penyokong yang hadir untuk memberikan semangat kepada pasukan Teknik FC...Para penonton terus bersorak untuk memberikan semangat namun, pasukan KKT sering mengeluarkan bola untuk mempertahankan kedudukan mereka. Fandi mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-73 namun kepantasan pemain pertahanan KKT sempat memintas bola sebelum masuk ke gawang gol mereka. Kedudukan 5 - 4 kekal sehingga ke wisel penamat. Secara keseluruhannya, corak permainan Teknik FC nampak sangat teratur pada separuh masa ke-2. Yang pasti kombinasi 3 pemain veteran iaitu Jasni, Awang Wahid dan Razi banyak membantu merancang dan mempertajamkan serangan pasukan Teknik FC. Kehadiran anak Jasni iaitu Fandi juga turut menambahkan tekanan ke atas pasukan KKT... CATATAN: Aisyeh men.... Kalau ini macam... Veteran kena selalu main separuh masa ke-2...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik FC
March 10, 2010
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru yang diraikan dalam majlis ini...Pasukan Bola Sepak Bawah 18 tahun yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSS Daerah Tawau baru-baru ini beraksi lagi tapi kali ini di Hotel Marco Polo, Tawau. Kesemua 18 pemain utama dibawa untuk menjamu selera bersama-sama dengan barisan guru SM Teknik Tawau yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Bergerak dari sekolah sekitar jam 12.00 tengahari, guru dan pelajar terlibat terus m... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
March 10, 2010
Tahniah kepada pemenang Siri 1 Kuiz Kimia Online Pahaikan.com iaitu Adik Nor Shakila Binti Abdul Jalil dari kelas 5 PKA2. Yang dibelakang tu jangan tengok-tengok saja... Join sekali Kuiz Kimia Onlie Pahaikan.com. Klik Tab Panitia Kimia atau logo Kuiz Kimia Online Pahaikan.com dibawah chat box Pahaikan.com untuk maklumat lanjut..... CATATAN: Siri 2a Kuiz Kimia Online Pahaikan.com masih belum ditutup... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Chemistry Subject
March 8, 2010
Select your goal. Unlock you personal potential. Commit yourself to your plan. Chart your course. Expect problems. Stand firm on your commitment. Share the reward with others. Working Together as a TEAM ; Together Everyone Achieves More Taken from: 'Success One Day At A Time' & 'Teamwork Makes The
Dream Work' by John C. Maxwell.
CATATAN: Ada lagi yang lain kah?? Boleh kongsi??..... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Free Topics
March 8, 2010
Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC dengan Malaysia Airport Tawau (MAT). Untuk download sila klik: DOWNLOADKekalahan 6 -3 kepada TM FC Senior pada hari sebelumnya, tidak menganggu mental pasukan Teknik FC dalam perlawanan ini. Teknik FC bangkit dari ketinggalan 0-1 dan memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3-2. Pasukan Malaysia Airport Tawau (MAT) mendahului seawal minit ke-5 hasil kesilapan penjaga gol Teknik FC iaitu Syazani. Dia yang beraksi hanya 15 minit perlawanan digantikan ... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik FC
March 7, 2010
Gambar ini diambil selepas Upacara Tobat Pertama bagi calon-calon inisiasi yang akan dilangsungkan pada Easter Virgil nanti... Tahniah kepada semua calon... CATATAN: Bagus-baguslah kamurang... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Holy Trinity
March 7, 2010
Gambar kenangan perlawanan persahabatan SM Teknik Tawau menentang SMK Tawau. Untuk download, sila klik: Gambar 1, Gambar 2Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memuaskan hati jurulatih pasukan SMK Tawau ini berakhir dengan kekalahan kepada tuan rumah. Saya hanya sempat menonton perlawanan ini selama 10 minit sahaja untuk babak pertama permainan kerana keperluan menunaikan kewajipan ke gereja sebelum jam 9.00 pagi hari ini... Kedudukan pada masa itu ialah Pasukan SM Teknik Tawau ketingg... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
March 6, 2010
Kaki Emas...Kadir yang terus menjaring untuk Pasukan Teknik FC...Pasukan Teknik FC tewas dalam perlawanan ini. Ini adalah kekalahan ke-2 dalam Siri Perlawanan Persahabatan tahun 2010 selepas perlawanan dengan Gingga FC pada 27/01/2010. Pasukan TM FC yang diturunkan untuk beraksi menentang Teknik FC adalah pasukan yang bermain untuk Liga SAFA Tawau. Ternyata permainan pantas pasukan TM FC tidak mampu dikekang oleh barisan pertahanan Teknik FC yang diserang bertalu-talu oleh sejurus selepas wis... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik FC
March 5, 2010
Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 berlangsung dengan jayanya, kelmarin. Warna hijau, biru, kuning dan merah menghiasi separuh daripada Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Kemeriahan dan semangat kesukanan meresap ke dalam jiwa setiap warga Teknik Tawau yang bersama-sama menjayakan program ini. Berkumpul pada jam 7:00 pagi, semua orang kelihatan sibuk mempersiapkan diri untuk Majlis Perasmian Sinar Obor Teknik Ke-12 yang telah pun disempurnakan oleh Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pemuda UMN... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
March 3, 2010
Antara aksi atlit yang bertanding untuk rumah sukan masing-masing...
Hari ke-2 Pra Sinar Obor diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 6 acara melibatkan 1500 m, 200 m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki
Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara kecuali untuk 4x400 m yang memerlukan 8 orang. Hah... tujuannya i... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
March 2, 2010
Aksi sebelum sepak mula perlawanan akhir..... Debaran bertemu salah satu pasukan elit Daerah Tawau iaitu SMK Balung dalam perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSSM Daerah Tawau berakhir dengan kemenangan yang sungguh berharga. Jantung bergetar dalam setiap detik perlawanan dan nafas sekali sekala terhenti melihat percubaan jarak jauh SMK Balung yang berjuang habis-habisan mencari gol untuk memusnahkan impian pasukan SM Teknik daripada mencipta sejarah dan melakar nama sebaga... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
March 2, 2010
Beberapa aksi guru dan para peserta yang sempat dirakamkan semasa acara dijalankan...Hanya dua acara dijalankan pada hari ini iaitu Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera, masing-masing untuk 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Tiap-tiap kategori menampilkan 8 peserta menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 64 orang.
Guru-guru yang ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran dan pengadil menjalankan tugas dengan komited dan se... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
March 2, 2010
Barisan pemain yang mewakili pasukan masing-masing untuk perlawanan suku akhir di Padang SM Teknik Tawau. SM Teknik Tawau berbaju hijau manakala SMK Titingan berbaju biru tua.
KEPUTUSAN PERLAWANAN
SMK Titingan
| SM Teknik Tawau
| 1
| 7
| Muhd Azlan Dapit - 16
| Zulkifli - 10 Muhd Sazrin - 39(p), 49 Hazrim - 46 Qayyum - 64 Risman - 65 Yusdiandee - 67 |
* Info perlawanan: 2 kad kuning dilayangkan untuk pasukan SM Teknik Tawau (Syed Nazry dan Yusdiandee)
Ulasan: Ketiadaan Salam dibarisan terakhir agak merisaukan Edwa...
Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
March 2, 2010
Card and cake from Department Of Science & Mathematics 2010...Well... I turn older today... Hm... And a bit surprise to get a cake at the Thumb-Print Counter... This one jarang-jarang berlaku... Thanks to Department of Science & Mathematics especially to the Head of Department...... I also want to say thanks to everyone who wishes me happy birthday and for the wishes from Facebook... Sorrylah cannot reply all of them... Anyway thank you and may God bless all of you... REMARKS: Bini di Kuching l... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Family
March 1, 2010
Terima kasih kepada Pasukan SMK Tawau II dan tahniah kepada pasukan U18 SM Teknik Tawau....
KEPUTUSAN PERLAWANAN
SMK Merotai
| SM Teknik Tawau
| | 2 | 2
| Weldon - 8 Azlan Rusli - 16
| Qayyum - 18, 77
|
* Info perlawanan: -
SMK Umas-umas
| SMK Pasir Putih
| 2
| 3
| Tommy Christoper - 12 Zulkifli Abu Bakar - 15
| Arief Farhan - 40, 50 Abdul Rahmat - 53
|
* Info perlawanan: -
KEPUTUSAN SUKU AKHIR
Juara kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan A Tempat: Padang SM Teknik Tawau
SM Teknik Tawau
| SMK Tawau II
| 4
| 2
| Mohd Midin (Gol sendiri) - 36 Maxmillian
... | Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 28, 2010
Perlawanan pilihan pada hari ini namun kelebihan berehat di sebelah pagi menyebelahi SM Teknik Tawau yang memenangi perlawanan ini dengan jaringan 4 - 0. Untuk mendownload gambar sila klik: DOWNLOAD
KEPUTUSAN PERLAWANAN
SMK Merotai
| SMK Umas-umas
| | 2 | 1
| Weldon - 46 Mohd Reezlan - 77
| Zulkifli Abu Bakar - 44 |
* Info perlawanan: -
SMK Pasir Putih
| SM St Patrick
| 2
| 3
| Saddang Saidi - 2 M. Juhairi - 59
| Syed
Yanzeen - 28, 75 Abesyhrill Abol - 61
|
* Info perlawanan: -
SM Teknik Tawau
| SMK Umas-umas
| 4
| 0
| Naziruddin - 3, 50 Ma... | Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 28, 2010
Fellowship and entertainment at the Parish Hall, Holy Trinity Church Tawau to celebrate the 1st Anniversary of the BEC of HTC Tawau. There are around 40 BEC at the moment and it will increase in the future.. I left the venue before it start... (Got more important things to attend to..) REMARKS: Congratulations to everyone......
Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Holy Trinity
February 27, 2010
Inilah pasukan yang bersaing dalam Kumpulan C - SMK Merotai (Perang muda), SMK Umas-umas (Kuning), SM St Patrick (Biru), SMK Pasir Putih (Oren) dan SM Teknik Tawau (Hijau). Gambar setiap pasukan boleh didownload dengan mengklik link ini: DOWNLOAD
KEPUTUSAN PERLAWANAN
SM Teknik Tawau
| SMK Pasir Putih
| | 2 | 1
| Naziruddin - 11 Hazrim - 58 | Arif Farhan - 68 |
*
Info perlawanan: 1 kad kuning untuk pasukan SM Teknik Tawau
SM St Patrick
| SMK Umas Umas
| 3
| 3
| Syed Yanzeen - 35, 68 Mohd Aliff - 67
| Fizri Husin - 22 Rexjoy - 26,... | Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 26, 2010
|
Tarikh
|
Hari
|
Masa
|
Pasukan Lawan
|
Jangkaan
|
|
27/02/2010
|
Sabtu
|
07:30 pagi
|
SMK Pasir
Putih
|
Menang
|
|
27/02/2010
|
Sabtu
|
4:00 ptg
|
SM St
Patrick
|
Menang
|
|
28/02/2010
|
Ahad
|
02:15 ptg
|
SMK
Umas-umas
|
... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 25, 2010
Sedia..... 1... 2... 3....Larian Merentas Desa sempena SOT 2010 telah dijalankan pada sebelah pagi hari ini, yang menyaksikan semua Rumah Sukan bertungkus lumus mengumpulkan markah yang banyak sebagai bekal ke Sinar Obor Teknik 2010 yang akan berlangsung minggu depan. Ucapan tahniah kepada Penyelaras Larian Merentas Desa ini iaitu Encik Mohd Suhairi Isa dan semua ahli jawatakuasanya yang berjaya melaksanakan program ini dengan cemerlang. Persediaan rapi selama satu bulan telah dijelmakan kepa... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
February 24, 2010
 Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC menentang Kolej Komuniti Tawau...
Pasukan Teknik FC turun untuk perlawanan ini setelah 2 minggu bercuti berikutan Cuti Tahun Baru Cina. Apa pun, rentak kemenangan terus mengiringi pasukan Teknik FC yang memenangi perlawanan persahabatan ini dengan jaringan 3-2. Pasukan Kolej Komuniti Tawau (KKT) yang dibarisi oleh pemain senior (ada juga bekas pelajar Teknik Tawau dalam pasukan ini), nampak lebih gagah untuk mendominasi perlawanan. Ini kerana tonggak ... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik FC
February 24, 2010
Majlis ini bermula seawal jam 7:00 pagi setelah semua guru dan pelajar muslim berkumpul di Dewan TAS. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan persembahan Nasyid dari Pasukan Nasyid Sekolah dibawah bimbingan Ustaz Noran Zaidi. Sambutan berakhir pada jam 8:30 pagi.
CATATAN: Tiada perarakan pula tahun ni..... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
February 24, 2010
Rombongan Lawatan Kerja dari Kolej Komuniti Kuching yang sempat mengelilingi kawasan sekolah dengan berjalan kaki. Lawatan bermula dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. CATATAN: Terima kasih kerana sudi datang..... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
February 23, 2010
The Smiths were unable to conceive children and decided to use a surrogate father to start their family. On the day the proxy father was to arrive, Mr. Smith kissed his wife goodbye and said, "Well, I'm off now. The man should be here soon.
"Half an hour later, by chance, a door-to-door baby photographer happened to ring the doorbell, hoping to make a sale. "Good morning, Ma'am", he said, "I've come to...''
"Oh, no need to explain", Mrs. Smith cut in, embarrassed, "I've been expecting you."
"Hav... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Free Topics
February 21, 2010
Entah berapa ramai diaorang ni tapi Fr. Nick pun puas hati dengan bilangan setakat ini. Upacara Pemilihan Katekumen ini dibuat untuk memilih mereka yang yang bakal menerima Inisiasi - Sakramentum Pembaptisan pada Jumaat Agung nanti..
CATATAN: Minggu depan Ulang Tahun Pertama KKD Holy Trinity Tawau... Ada fellowship di Parish Hall, Holy Trinity Tawau selepas Misa Kudus pada 28/02/2010... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Holy Trinity
February 21, 2010
Koleksi gambar Pasukan Bolasepak Teknik Tawau Bawah 18 tahun sudah ada dalam album Pahaikan.com...Kepada yang berminat untuk melihat aksi-aksi mereka dalam Sesi Pemilihan dan juga Siri Perlawanan Persahabatan, bolehlah mengklik link ini: Album Teknik U18 Tawau. CATATAN: Sila mendownload gambar anda untuk kenangan.... Kalau tidak.. Rugi!!! Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Teknik Tawau
February 20, 2010
3 gol dalam separuh masa pertama yang berjaya menjatuhkan moral pasukan Teknik U18...Perlawanan ke-4 Siri Perlawanan Persahabatan ini berlangsung pada jam 04:30 petang. Kemenangan ke atas SMIT disebelah pagi sepatutnya menjadi motivasi mereka untuk perlawanan ini namun apa yang berlaku agak berbeza. Pasukan Teknik U18 Boys dibelasah 5-0 oleh Pasukan Staff Kompleks Sukan Tawau (SKST). Kekalahan pertama dalam 4 perlawanan....Ternyata kemahiran dan pengalaman membezakan kedua-dua pasukan ini. Pas... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 20, 2010
 Gambar kenangan Siri Perlawanan
Persahabatan ke-3 menentang Pasukan SMIT. Dari kiri: Berdiri - Syazmi, Khairil, Qayyum, Nasir, Syazrin,
Maxmillian, Kado. Duduk
- Idika, Zulkifli (Icok), Hazrim, Saufi, Andi, Said. Teknik U18 Boys meneruskan rekod tanpa kalah dengan membelasah pasukan SM Islamiah Tawau (SMIT) dengan jaringan 7 - 2. Siri Perlawanan Pesahabatan ke-3 ini berlangsung pada jam 08:30 pagi di Padang Teknik Tawau. Pasukan SMIT yang diwakili oleh 8 pelajar tingkatan 5, disertai oleh
b... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
February 19, 2010
Pahaikan.com is set to help the Teknik Tawau Under-18 football team to look for a sponsor for a new set of jersey, short and socks. The team has been using the same jersey for the last two years now and it looks dull. Since the boys are very excited during training, I think they deserve a new look to motivate them especially in the Kejohanan Antara Teknik (KAT) that will takes place at SM Vokasional Sandakan in April 2009. But first, they will be playing for MSSM U18 Tawau District Competitio... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Charity
February 19, 2010
Gambar kenangan Siri Perlawanan Persahabatan ke-2 menentang RCD Hilltop.. Dari kiri: Berdiri - McManus (Ketua Jurulatih), Syazmi, Hafiz, Syazrin, Maxmillian, Nasir, Qayyum, Nazreen, Khairil, Andi. Duduk - Idika, Saufi, Salam, Risman, Hazrim, Kado, Said.Setelah membelasah pasukan bawah 18 tahun St Patrick, 3 - 0 pada Jumaat lepas (12/02/2010), pasukan Teknik U18 Boys hanya mampu melakar keputusan seri 1-1 dengan pasukan RCD Hilltop. RCD Hilltop yang rata-rata pemainnya berumur 20 - 25 tahun be... Continue reading...
Posted by pahaikan. Posted In :
Football Talk
| Charity event closed!! Thank you very much!!
Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!
|