PROJECT 4: Milo Nai & Mee Tauhu

KATEGORI: KAEDAH MENGINGAT / TIPS UNTUK PELAJAR

TAJUK: Milo Nai & Mee Tauhu

BAB TERLIBAT: GARAM




PENGENALAN:


Garam terdiri daripada 2 jenis iaitu yang larut dan tidak larut dalam larutan akues. Oleh kerana garam larut kebanyakannya hanya melibatkan tindakbalas asid, maka kaedah untuk menentukan hasil garam larut banyak melibatkan pertindihan dan buat masa ini, ia masih belum diusahakan.

Di sekolah tempat saya mengajar, para pelajarnya sangat lemah dalam menulis persamaan kimia dan daripada semua jenis persamaan kimia yang ada, saya berpendapat menulis persamaan untuk Menentukan Hasil Tindak Balas Penguraian Ganda Dua adalah yang paling mudah sekali.

Di sini saya ingin berkongsi tentang Kajian Tindakan yang telah saya buat sebelum ini iaitu Kaedah Milo Nai dan Mee Tauhu. Seperti yang kita maklum, mee tauhu adalah antara menu pilihan sarapan pagi di kawasan Tawau dan pastinya ada yang teringat-ingat mee tauhu bila menggunakan kaedah ini.

Idea utama dalam kaedah ini ialah menggantikan Milo Nai dan Mee Tauhu dengan setiap ion garam larut (bahan tindak balas) yang akan bertindakbalas.

Kaedah ini merangkumi 3 langkah sahaja. Sila rujuk imej yang disertakan disini. 



Imej 1: Langkah 1 dan Langkah 2

Imej 2: Langkah 3


Imej 4: Contoh soalan yang gagal dijawab pelajar

Imej 5: Penyelesaian Menggunakan Kaedah Milo Nai & Mee Tauhu


Ingat... Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk menentukan Hasil Tindakbalas Penguraian Ganda Dua (Double Decomposition Reaction) sahaja. Untuk menentukan hasil tindak balas yang lain kaedah ini memang tidak sesuai digunakan...

Kaedah ini mungkin boleh dijelaskan dengan lebih baik menggunakan file powerpointyang telah saya sediakan disini. Untuk mendownload sila klik: MILONAI.ppt

Sebenarnya lebih mudah untuk menentukan hasil Tindakbalas Penguraian Ganda Dua menggunakan kaedah ini: AB + CD --> AD + CB, tetapi
Kaedah Milo Nai & Mee Tauhu ternyata lebih mudah diingati berbanding kaedah tersebut.




KAEDAH SOKONGAN UNTUK MILO NAI & MEE TAUHU

Kaedah Milo Nai & Mee Tauhu diatas disokong oleh KAEDAH NAJIB. Kaedah ini akan membantu anda untuk mengingat 4 jenis garam utama iaitu garam Nitrat (Nitrate), garam klorida (Chloride), garam Sulfat (Sulphate) dan garam Karbonat (Carbonate). Garam lain seperti garam iodida (Iodide) dan garam sianida (Cyanide) tidak berapa perlu untuk diingat.

Ini merupakan satu lagi Kajian Tindakan saya dan kaedah ini sama sekali tidak berkaitan dengan sesiapa pun yang bernama NAJIB. Kaedah ini boleh dilakukan seperti berikut:



Melalui kaedah diatas, kita telah pun mengelaskan jenis-jenis Garam Larut dan Garam Tidak Larut (4 jenis garam sahaja).

Cara menulis/menghafal kaedah ini ialah:

1.  Tuliskan bahagian atas dahulu iaitu NAJIB CARI SUBSIDI CEPAT

2.  Kemudian tuliskan bahagian ke-2, iaitu PASIR PUTIH AKAN BANJIR HARI KHAMIS mengikut arah anak panah dalam gambarajah di atas.

3.  Harus diingat bahawa, PASIR AKAN HARI mesti berada di bawah CARI (Chloride) dan PUTIH BANJIR KHAMIS mesti berada di bawah SUBSIDI (Sulphate)


Susunan penghafalan diatas dibuat seperti itu kerana:

1.  Semua garam nitrat larut dalam air

2.  Semua garam klorida larut dalam air kecuali (PASIR) Plumbum(II) klorida, (AKAN) Argentum klorida dan (HARI) Merkuri(II) klorida.

3. Semua garam sulfat larut dalam air kecuali (PUTIH) Plumbum(II) sulfat, (BANJIR) Barium sulfat dan (KHAMIS) Kalsium sulfat.

4. Semua garam karbonat tidak larut dalam air kecuali Natrium karbonat (Sodium carbonate), Kalium karbonat (Potassium carbonate) dan Ammonium karbonat (Ammonium carbonate)



Sebarang idea untuk menambah baik kaedah ini amat dihargai.... Dengan harapan agar lebih kaedah ini akan menjadi lebih baik dan dapat membantu pelajar Kimia seluruh Malaysia amnya... 

 

Make a free website with Yola